Tuesday, October 25, 2011

New Blog ~ Sulam Cantek Shoppe2u

Alhamdulillah,blog kali ni ialah blog kedua yang ditempah oleh Kak Azlina. Kak Azlina mahukan warna pink atau hijau pucuk pisang. Memandangkan ada template pink latest edition, saya memilih template ini,bersesuaian dengan tema blognya yang menjual kain sulam. Baru tampak feminin gitu.. Saya sendiri sukakan template blog ini kerana ia tampak, fresh, feminin dan stylish. Harap-harapnya kak Azlina juga sukakannya.. Apalagi, layanzz...


Sila layari http://sulamchantekshoppe2u.blogspot.com/ untuk melihat blog ini dengan lebih dekat lagi..

Thursday, September 29, 2011

New Blog ~ Zurina Shop2u

Salam Semua.. Syawal dah melabuhkan tirainya semalam.. dan moga2 syawal yang berlalu membawa pertalian persaudaraan yang lebih erat sesama kita..

Blog kali ni ialah tempahan dari Kak Zurina yang menjual pelbagai produk seperti nutrimetic,cosway, tupperware brand, pakaian baby, beg wanita dan jenama fadaraj sensia. Secara peribadi, saya sangat sukakan template blog Kak Zurina ni, kerana ia nampak feminin, kemas dan pada masa yang sama tampak professional. Jom tengok hasilnya..


Untuk melihat blog ini dengan lebih dekat, sila layari http://zurinashop2u.blogspot.com/

Monday, September 26, 2011

Upgrade Blog ~ Asjad Cllections

Tempahan Upgrade blog ni datangnya dari Kak Gee yang mahukan saya mencantikkan blognya yang menjual pelbagai jenis pakaian, kain cotton dan handbag yang comel. Mahukan konsep ceria dan profesional, beliau memilih warna tema hijau lembut dan ungu. Jom tengok hasilnya..

Before:



After:



Untuk melihat blog ini dengan lebih dekat, sila layari http://asjadcollections.blogspot.com/

Sunday, September 25, 2011

New Blog ~ Coway4u

Blog kedua yang dibuat oleh saya untuk bisnes penapis air Coway. Konsep yang diinginkan ialah profesional dan bertemakan warna biru. Untuk melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, sila layari http://coway4life.blogspot.com/


Upgrade Blog Premium Beautiful ~ Faez

Salam semuanya..agak lama tak mengupdate blog..busy beraya, membuat blog dan bisnes online yang lain. InsyaAllah lepas ni akan ku cuba mengupdate blog sekerap yang mungkin, dan Alhamdulillah selepas raya rezeki melimpah ruah.. Semoga Allah terus membukakan rezeki untuk kami sekeluarga.. Amin..

Entry kali ni ialah tentang upgrade blog seorang adik manisss yang menjual Premium Beautiful.. Tapi sayangnya blog asalnya saya terlupa nak print screen, so yang ada hanyalah gambar blog selepas diupgrade. Mahukan tema blog ungu, inilah hasilnya.. Layanzz...


Untuk melihat hasil blog ini dengan lebih dekat lagi, sila layari http://pbct-faezfizz.blogspot.com

Thursday, August 4, 2011

New Blog ~ SARA Bisnes

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua..Mudah-mudahan Ramadhan kali ni memberi keinsafan dan membawa seribu rahmat untuk kita semua.. Amin.. Di Ramadhan yang mulia ni,saya mendoakan semua customer blog saya mendapat rezeki yg berganda2, insyaAllah..

Kali ni saya nak berkongsi blog baru dari Kak Widya, yang menjual homemade chocolates dan pelbagai produk lain seperti Nasi Kerabu, Laksam, Laksa, Muffin, Cake Pelangi, Kueh Bahulu, Kueh Bakar dan Kueh Cara Berlauk. Kak Widya mahukan warna merah utk blognya dan yang penting nampak class.. Apalagi, jom cuci mata..


Untuk melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, sila layari http://sarabisnes.blogspot.com

Thursday, July 7, 2011

Upgrade Blog ~ Cikgu Langsing

Tempahan kali ni datangnya dari seorang guru yang aktif menjalankan bisnes online. Cikgu Aliza mahukan saya upgrade blognya. Beliau mahukan template yang berwarna sama ada biru / oren atau pink. Mencari kelainan untuk hasil kerja saya, saya memilih template biru muda yang pada saya sangat manis dan cantik, sesuai dengan konsep blog Aliza menjual produk kecantikan dan kesihatan. Apalagi, layan...

Sebelum:


Selepas:



Untuk melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, silalah ke http://cikgulangsingjm5.blogspot.com/

New Blog ~ Sweetliza Baqery

Blog kali nie ditempah oleh Kak Liza dari Puchong.. Kak Liza mahukan warna pink-purple dan memilih template ini untuk blognya. Bertempat di Puchong, Kak Liza mengambil tempahan pelbagai jenis cakes, cupcakes, cookies dan juga muffin. Berminat membuat tempahan / melihat blognya dengan lebih dekat lagi, sila layari  http://sweetlizabaqery.blogspot.com

Thursday, June 23, 2011

Upgrade Blog ~ Zayani2u

Tempahan kali ni datangnya dari rakan saya masa sekolah dulu, kembali bertemu di ruangan facebook. Mempunyai minat yang sama berniaga di alam cyber, Ilyana mahukan saya upgrade blognya yang menjual pelbagai produk yang sememangnya menarik hati, antaranya permainan kanak-kanak, pakaian, buku, telekung dan juga preloved item. Mahukan warna blog yang natural, inilah hasilnya, layan..

Sebelum:



Selepas:


Bagi yang berminat membeli produk dari Zayani2u, atau melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, silalah ke http://zayani2u.blogspot.com

Tuesday, June 14, 2011

New Blog ~ Green Apple Shop2u

Blog seterusnya ialah Green Apple Shop2u yang menjual pelbagai pakaian dan aksesori wanita. Iera, empunya blog mahukan warna merah, hitam putih dengan konsep elegant, fashion dan trendy. Bekerja dengan Ira yang sememangnya seorang yang simple dan tidak cerewet, menyebabkan kerja saya berjalan dengan lancar sekali. Memenuhi apa yang Iera minta, inilah hasil blognya.. Layan..


Bagi yang ngin membeli pakaian wanita yang cantik-cantik, atau ingin melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, silalah ke http://greenappleshop2u.blogspot.com/

Tuesday, June 7, 2011

Upgrade Blog - Farah Cuppies

Agak lama tak mempamerkan upgrade blog, asyik new blog je kebelakangan nie..alhamdulillah, rezeki.. ;-)  Untuk upgrade blog kali nie, tempahan datangnya dari farah yang mengambil tempahan cupcakes. Farah mahukan blognya kelihatan funky, ceria dan blink-blink. Setelah beberapa kali menukar templates, baru lah cik adik nie berkenan dan suka sangat dengan rupa baru blognya. Jom layan...

Sebelum:



Selepas:


Bagi yang nak melihat rupa blog ini dgn lebih dekat, sudi-sudikanlah ke  http://farahcuppies.blogspot.com..

Friday, May 27, 2011

New Blog ~ ChantekShoppe2u

Salam semua..lagi blog baru untuk dipertontonkan.. Blog kali nie datangnya dari Kak Ina yang mahukan saya buatkan blog yang berkonsepkan feminin dan elegant. Warna blog pilihannya pula ialah hitam beserta kuning / oren. Rasanya sejak kebelakangan nie, ramai customer saya yang memilih template hitam. Dan secara peribadi, saya juga sukakan latarbelakang hitam kerana tampak eksklusif dan elegant... Sesuai dengan konsep chantekshoppe2u yang menjual pelbagai baju kurung moden dan eksklusif, saya juga dalam diam menyukai konsep blog ini dan juga baju-baju kurungnya amat menggoda hati.. Tak percaya, jom tengok blo nie dengan lebih dekat lagi http://chantekshoppe2u.blogspot.com/


Monday, May 23, 2011

New Blog ~ SwissGoldClub

Blog baru kali ni ditempah dari Hafiz yang mahukan konsep profesional dan gambar 'Gold' pada bahagian atas blog. Pilihan hitam, kelabu dan putih dipilih bagi menyerlahkan konsep formal dan pro seperti yang diminta. Agak kurang pasti dengan konsep bisnes yang dijalankan, hanya menyempurnakan tugas yang diberikan,dan inilah hasilnya..

Wednesday, May 18, 2011

New Blog ~ Noramanik

Tempahan kali ni datangnya salah seorang sifu manik yang terkenal dengan designnya sendiri iaitu Shimmering Flora. Kalau peminat manik tu, tentu kenal dgn Kak Nora nie. Pertama kali Kak Nora nie call saya, macam tak percaya jer...ingatkan pasal menjahit manik, rupanya pasal tempahan blog.. Apapun, saya berbesar hati mencantikkan blog Kak Nora.. Jom cuci mata..

Sebelum:



Selepas:



Kepada yang beminat membuat tempahan manik atau ingin melihat blog ini dengan lebih dekat lagi, sila ke http://noramanik.blogspot.com/